SELAMAT DATANG KE ZON TRANSFORMASI

Sunday, April 24, 2011

'FACES OF ZON MENTARI'


Baru-baru ini satu lagi 'projek glamer' yang bertujuan untuk meningkatkan mutu persekitaran Zon Mentari telah berjaya dilaksanakan.

Kini, para pelawat yang mengunjungi Zon Mentari bakal disambut dengan SENYUMAN MANIS seramai 37 orang warga Bahagian Perancangan Korporat dan Unit Komunikasi Korporat yang menghiasi ruang legar di luar Bilik Mesyuarat Utama. 37 bingkai gambar yang tersusun rapi jelas menerapkan prinsip ke-2 5S.

Bagi mengekalkan imej korporat, Zon Mentari memilih warna putih sebagai tema utama 'Faces of Zon Mentari'. Bingkai yang asalnya berwarna kayu dicat menjadi warna putih oleh warga Zon yang begitu komited dalam usaha menyiapkan 'projek glamer' tersebut. Secara tidak langsung, proses persiapan projek itu telah memupuk kerjasama, hubungan mesra dan semangat bekerja sebagai satu pasukan dikalangan warga Zon.

Diilhamkan daripada konsep 'Faces of 1Malaysia', 'Faces of Zon Mentari' turut menjadi tanda sokongan terhadap Kempen Senyum Perbendaharaan Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 21 April 2011 yang lalu.

Quotes of the day

MONDAY is the key day of the week.

:)

So happy Monday and have a great day Warga Zon Mentari.

Thursday, April 21, 2011

Kempen Amalan Senyum Selalu Perbendahraan


Kempen Amalan Senyum Perbendaharaan telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak pada Perhimpunan Khas pada 21 April 2011.Kempen ini dengan rasminya telah bermula 21 April 2011 sehingga 21 Jun 2011.

Oleh itu, mari lah kita Warga Zon Mentari bersama-sama menjayakan kempen tersebut. Senyu
mlah selalu tanpa mengira emosi ketika itu, kerana dengan senyuman kadang-kala boleh mengubah sesuatu yang suram menjadi ceria. Ceria-ceria kanlah Zon Mentari dengan senyuman yang ikhlas :)


Smile, though your heart is aching
Smile, even though it's breaking
When there are clouds in the sky
You'll get by...

If you smile
With your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll find that life is still worthwhile
If you just...

Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying
You'll find that life is still worthwhile
If you just...

Smile, though your heart is aching
Smile, even though it's breaking
When there are clouds in the sky
You'll get by...

If you smile
Through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile...

That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile

SMILE
by Michael Jackson (R.I.P.)



Wednesday, April 20, 2011

Quotes of the day

Carry out a random act of kindness, with no expectation of reward, safe in the knowledge that one day someone might do the same for you.
~Diana Spencer~

Lawatan 5s ke BMKD

Seramai 10 orang Pegawai dan Kakitangan daripada Zon Mentari telah mengadakan lawatan 5S ke Bahagian Pelaburan, MKD dan Penswastaan (BMKD) pada 5 April 2011 yang lalu.

Lawatan diadakan bertujuan untuk mendapatkan pendedahan tentang Amalan 5S yang dipraktikkan oleh kakitangan di BMKD dan juga untuk dipraktikkan di Zon Mentari bagi tujuan penambahbaikan.


Di antara Pegawai & Kakitangan yang telah membuat lawatan ke BMKD.

Bersama Setiausaha Bahagian MKD, Puan Eshah bt. Meor Suleiman


Sedang melihat-lihat persekitaran BMKD .


Persekitaran BMKD yang boleh di jadikan contoh kepada Zon Mentari.

Tuesday, April 19, 2011

ZON MENTARI KE ARAH PENGAUDITAN PERSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)

Ahli Zon Mentari kini sedang bertungkus lumus untuk memastikan Zon Mentari bersedia untuk pengauditan Perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) bagi tahun 2011.

Kesemua Ahli Zon terutamanya “Person In Charge” (PIC) di setiap sudut sentiasa berusaha untuk memastikan sudut-sudut yang diamanahkan sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan juga menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Selain itu, amalan 5S ini juga telah berjaya memupuk kerjasama dan semangat saling bantu-membantu di kalangan ahli Zon Mentari. Syabas diucapkan!!!

Sebahagian daripada Ahli Zon Mentari

Selamat Datang Ke Zon Mentari 2011

Salam dan selamat datang ke Zon Mentari 2011.

Walaupun ini adalah entri pertama pada 2011 ini, di harapkan ini bukanlah entri yang terakhir selagi Sembang @ Zon Mentari ini diwujudkan. Oleh itu kerjasama warga Zon Mentari amatlah di harapkan. Sekiranya terdapat sebarang bahan, berita terkini, gambar-gambar atau informasi yang hendak disampaikan, anda semua di alu-alukan untuk menghantar bahan-bahan tersebut ke email saya : zainorzilah.yazit@treasury.gov.my.

Kerjasama anda dalam merealisasikan Blog ini di update selalu sangatlah saya hargai :)

Jadi janganlah segan untuk menghantar apa sahaja yang berkaitan dengan Zon Mentari untuk dimuatkan dalam Blog ini.

:) Sila lah.