SELAMAT DATANG KE ZON TRANSFORMASI

Sunday, April 24, 2011

'FACES OF ZON MENTARI'


Baru-baru ini satu lagi 'projek glamer' yang bertujuan untuk meningkatkan mutu persekitaran Zon Mentari telah berjaya dilaksanakan.

Kini, para pelawat yang mengunjungi Zon Mentari bakal disambut dengan SENYUMAN MANIS seramai 37 orang warga Bahagian Perancangan Korporat dan Unit Komunikasi Korporat yang menghiasi ruang legar di luar Bilik Mesyuarat Utama. 37 bingkai gambar yang tersusun rapi jelas menerapkan prinsip ke-2 5S.

Bagi mengekalkan imej korporat, Zon Mentari memilih warna putih sebagai tema utama 'Faces of Zon Mentari'. Bingkai yang asalnya berwarna kayu dicat menjadi warna putih oleh warga Zon yang begitu komited dalam usaha menyiapkan 'projek glamer' tersebut. Secara tidak langsung, proses persiapan projek itu telah memupuk kerjasama, hubungan mesra dan semangat bekerja sebagai satu pasukan dikalangan warga Zon.

Diilhamkan daripada konsep 'Faces of 1Malaysia', 'Faces of Zon Mentari' turut menjadi tanda sokongan terhadap Kempen Senyum Perbendaharaan Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 21 April 2011 yang lalu.

No comments:

Post a Comment