SELAMAT DATANG KE ZON TRANSFORMASI

Monday, November 14, 2011

Selamat Datang Juruaudit 5S

Audit dalam 5S

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Audit Dalaman 5S Bil. 3/2011 akan diadakan bermula pada15 November 2011 sehingga 18 November 2011. Pasukan Audit 5S Perbendaharaan akan mengadakan audit di Zon Mentari pada 15 November 2011 (Selasa) pada jam 9.00 pagi. Sehubungan itu, dipohon kerjasama warga Zon Mentari untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan terlalu banyak teguran yang boleh menggugat markah keseluruhan zon ini.

Kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

Noor Arfah Mohd Arif
Fasilitator 5S Zon Mentari