SELAMAT DATANG KE ZON TRANSFORMASI

Monday, November 14, 2011

Selamat Datang Juruaudit 5S

Audit dalam 5S

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Audit Dalaman 5S Bil. 3/2011 akan diadakan bermula pada15 November 2011 sehingga 18 November 2011. Pasukan Audit 5S Perbendaharaan akan mengadakan audit di Zon Mentari pada 15 November 2011 (Selasa) pada jam 9.00 pagi. Sehubungan itu, dipohon kerjasama warga Zon Mentari untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan terlalu banyak teguran yang boleh menggugat markah keseluruhan zon ini.

Kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

Noor Arfah Mohd Arif
Fasilitator 5S Zon Mentari

Wednesday, September 21, 2011

SELAMAT DATANG 5S KPT




22 SEPTEMBER 2011

Warga Zon Mentari Mengucapkan Selamat Datang Kepada Rombongan 5S Kementerian Pengajian Tinggi ke Perbendaharaan Malaysia amnya dan Zon Mentari khasnya.

AUDIT MPC 22 JUN 2011




















Zon Mentari tidak terkecuali daripada diaudit oleh MPC bagi tujuan pembaharuan sijil kali kedua di Perbendaharaan....Terima kasih kepada semua warga Zon Mentari yang telah bertungkus lumus membuat persediaan menyambut kedatangan MPC...Kerjasama dan sokongan anda sekelian amat dihargai dan semoga Allah memberkatinya..

Thursday, June 30, 2011

INGAT MENGINGATI

Marilah kita saling mengingati bahawa Amalan Persekitaran Berkualiti atau lebih dikenali 5S ialah amalan pengurusan yang teratur dan melibatkan lima komponen yang utama iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Setiasa Amal untuk menghasilkan satu persekitran tempat kerja yang kondusif, bersih dan harmoni di samping meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan perkhidmatan selaras dengan standard yang telah ditetapkan. Antara faedah utama yang dihasilkan daripada amalan 5S adalah:

FAEDAH AMALAN 5S

Pengurangan Kos
· Mengurangkan inventori.
· Menghalang salah letak peralatan dan perkakasan.
· Menghalang penggunaan bahan mentah dan lain-lain.

Kecekapan
· Mengurangkan penggunaan kawasan/tempat.
· Penghapusan pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah.
· Mempermudahkan kawalan.

Penyelenggaraan
· Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan yang ada.
· Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan barangan.

Kualiti
· Meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan atau perkhidmatan.

Keselamatan
· Menghapuskan keadaan yang merbahaya.
· Memperbaiki keadaan tempat kerja.
· Menghapuskan tempat kerja yang mendatangkan kecederaan dan kemalangan.
· Mengurangkan kesilapan dan kecuaian.
· Mematuhi peraturan-peraturan.

Motivasi
· Perhubungan yang baik antara ahli.
· Membentuk disiplin yang baik.
· Membentuk semangat kerjasam dan kerja berkumpulan.

TERUSKAN AMALAN 5S ZON MENTARI

Audit dalam sudah, pertandingan sudah, audit MPC pun sudah...Janganlah hendaknya ahli-ahli zon mentari menganggap amalan 5S pun sudah tamat pulak. Untuk tahun ini dalam cadangan pasukan audit dalaman, ada dua kali audit yang perlu disempurnakan. Oleh yang demikian tak perlulah kita menantikan audit baru nak bertungkus lumus susun, sisih atau sapu itu dan ini. Alangkah baiknya jika kita sama-sama sentiasa amal standard yang kita laksanakan selama ini. Walaupun bukan hanya kerana untuk meningkatkan markah yang telah diperolehi sebelum ini, yang penting kita teruskan dan tingkatkan amalan 5S di Zon Mentari....

Thursday, June 16, 2011

AUDIT PENILAIAN 5S PERBENDAHARAAN


Salam Hormat dan Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MPC akan menjalankan audit 5S di Perbendaharaan pada 22 Jun nanti. Mana-mana Zon 5S akan menjadi pilihan dan dikunjungi oleh mereka untuk melihat dan menilai sendiri amalan dan pembudayaan 5S di Perbendaharaan. Zon Mentari tidak lagi terkecuali pada kali ini dan ada kemungkinan Zon Mentari juga akan didatangi oleh MPC memandangkan tahun lepas kita dikatakan terselamat untuk dibuat penilaian. Sehubungan itu, ahli-ahli yang dikasihi sekelian, bersedialah.....

Thursday, June 9, 2011

Audit Dalaman 5s di Zon Mentari





Pada 8 Jun 2011, Kumpulan Juru Audit Dalaman Perbendaharaan telah datang ke Zon Mentari untuk mengaudit Zon Mentari, iaitu Bahagian Perancangan Korporat dan Unit Komunikasi Korporat. Kumpulan Juru Audit terdiri daripada En. Desmond, En. Faizul, Puan Siti Norazlina dan Puan Shahida.

Di harapkan, Zon Mentari mendapat markah yang baik dan menepati syarat-syarat 5s yang telah ditetapkan. Jika masih ada kekurangan, marilah kita semua warga Zon Mentari berkerjasama untuk memperbaiki kekurangan tersebut. :)

Bantu-membantu amalan mulia, tidak kira pangkat ataupun kedudukan. :)

Aktiviti Zon Mentari

Warga Zon Mentari sedang menjalankan aktiviti mengemas ruang simpanan.
Masing-masing sedang sibuk untuk menjadikan ruang tersebut lebih teratur dan sedap mata memandang.

Ezwan " Kak Aida, tolong ke tepi kak. Kang saya langgar ngan troli ni karang."

Kak Aida " Ko baik-baik sikit Wan, nanti akak langgar balik ngan troli akak ni."

Tuesday, June 7, 2011

Audit 5S UKK & BCP

Selamat Datang diucapkan kepada Kumpulan Juru Audit Dalaman Perbendaharaan Bil.2/2011.

Harap-harap dapat markah yang lebih daripada audit yang lepas..hehehe.

Saturday, June 4, 2011

Tentang Waktu

ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

Bertangguh Itu Pencuri Masa

Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.

Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.

Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.

Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu, tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu. Apabila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,biarkanlah, maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahagiaan.

Bertangguh itu pencuri masa (peribahasa Arab)

Masa itu umpama air pasang surut, tiada siapa yang dapat menahannya.

Masa dihargai,janji ditepati (pepatah Melayu).

Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)

Susah payah tidak memperlihatkan apa yang perlu, mengahbiskan masa yang tidak perlu.

Tips untuk jaga masa dengan baik dari Imam al-Suyuti

Al-Ḥāfiẓ al-Imām al-Suyūṭī mentioned that he heard his teacher say:
“Hurry, O seeker of knowledge, in three things: eating, walking, and writing.”

Saat Kejayaan

Mutiara Kata


Mutiara Kata

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

MORE THOUGHTS ON OFFICE 5S

Look at trying to make improvements to your work area first. Why? We get immediate personal benefits. We have less stress and more time. With more time we can do more 5S activities.

Look for hidden 5S opportunities (opportunities is a nice way to say problems). Such as paper flow (why do we need paper?), procedures, policies (are they out of date and need to be revised\updated?).

Are there policies and procedures that we should be following and are not? Use 5S tools to help Standardize and Sustain them.

May need to use other tools to work on these problems:
Such as the TOC 5 Step problem solving form

A little input from TOC:

Ely Goldratt, author of the book "The Goal", and originator of the Theory of Constraints training often asks this question of his students, "What are you waiting for?"

You know how to identify waste and substandard performance. You've been trained on how to list the cause of constraints. You also know how to list cures and subordinate others to help. But, most of all, you know how good it feels to implement improvement and elevate a constraint. So...why do you wait?

But what if we don't do anything about our constraints. Sure we can rationalize doing nothing.
This type of behavior is called constraint mis-management.
1. Ignore-Pretend the problem doesn't exist.
2. Rationalize-Use insulation layers (excuses such as: it's not our fault; Our problems are different; Yes, but bad things will happen; We can't it's against the policy; We won't get the support,etc,etc,etc) to justify inaction.
3. Dominate-Keep the problem to ourselves, don't include anyone in resolving it.
4. Stagnate-Nothing changes, constraint continues.
5. Fail-Unsolved problems breeds failure.

Office 5S Tip

Some of the benefits off applying 5S to your work area: You should find it easier to get things done, you’ll be more productive, have more time and feel more in control (less stress).

The more you do 5S the better you get at it. Set aside one hour a day and get started.

Learn to ask “Why” (5 times if needed) to get to the root reasons for problems. Then think of possible solutions to eliminate these problems. Try implementing solutions to these problems. An old 10 word two letter saying “If it is to be it is up to me”. However don't work on targets alone...get one of your team members to help.

Think about of your routine and the work you do. Think of the things that cause stress, interruptions, telephone calls, anything using your time, anything that feels like waste. There is at least 40% waste in most operations. Seek out and eliminate this waste.

Also remember the 80/20 rule. 80% of problems come from 20% of the causes (sometimes 80% of the problems come from only 2 or 3% of the causes).

Remember usage determines location and storage-things us use often should be close and easily accessible.

Some ideas that may help your work flow:
Get someone else to look at your work area and make suggestions
Rearrange your furniture-make it easy to get to things you use in your work
Remove things in your work area you don’t use
Get more storage (files, etc) if needed.
Purge files periodically
Do a filing system that works good for your area and keep it up
Use a tickler system at your desk
Use folders in IE and Outlook for better organization

5S Other- Everyday Examples and Some Tips
Silverware holder (a separate place for knives, forks, spoons, etc)
Instructions on inside lid of washing machine
Road markings-visual don’t pass, pass, only one lane pass, etc
On computer printers-markings that show correct way to insert a envelope for printing the address
Buzzer and beepers on dryer and oven-let you know when they are through
Towel holder by sink
Store stuff in clear plastic storage boxes
Garage sell or give to charity clothes you haven’t worn in two years
Use the internet to look up information and organize by folders in favorite places
Use a family calendar and grocery list-post on the refrigerator

AUDIT DALAMAN 5S 2/2011

Kepada semua ahli-ahli Zon Mentari diharap bersedia untuk menghadapi audit dalaman 5S di Zon Mentari seperti yang ditetapkan dalam jadual berikut:

TARIKH AUDIT

BAHAGIAN

JURUAUDIT

8 JUN 2011 (RABU)

E-PEROLEHAN

1. Jurida Shima

2. Zuraidah

3. Azian

4. Hairul Izany

5. Marsuhaida

TRK

1. Sabriyah

2. Halif

3. Fadzlee

4. Noor Hasanah

UAD

1. Amidah

2. Thiru

3. Fairuz

4. Azim

UKK & BCP

1. Desmond

2. Siti Norazlina

3. Faizul

4. Shahida

PKSC

1. Johari

2. Shazrill

3. Siti Norhainani

4. Nurmazlina

BSWP (WA II)

1. Afizal

2. Nur Atikah

3. Siti Solehah

4. Aimi Raudhah

Thursday, June 2, 2011

REJAB DATANG LAGI

Bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan).

Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu kisah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah".

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36:
Bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya.Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa"

Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya: " Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada Ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid". [Riwayat At-tabrani].


Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".


Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:

Bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai".

Istimewanya bulan ini, pada 27 Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj.


Sekian, terima kasih.

A BIG CONGRATULATIONS

Congratulations to En. Asman and Family on the birth of their baby princess :), born on June 3rd 2011, at 6.46 am.

She's your sunshine,
She's a smile to light your days,
She will steal your heart and
keep it with her warm endearing ways,
She's your precious little daughter,
With a sweetness from above
Who will fill your years with laughter
and your lives with lots of love

CONGRATULATIONS again En. Asman :) from us "Warga Zon Mentari"

Sunday, May 29, 2011

THINGS THAT MAY BE NEGOTIATED...

I attended a workshop on negotiation skill last week and like to share what is negotiation ...Almost everything can be negotiated - from your house price, housing loan rate, margin of financing, drawdown period, salary, dowry, car, working hour, deadline (not to forget audit 5S) etc. People often fail to do this.

"You don't get what you deserve, you get what you negotiate" - Dr. Chester L. Karass (www.karrass.com)

KONGSI ILMU: MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

  • Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
  • Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
  • Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  • Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.

  • Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
  • Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.

  • Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
  • Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
  • Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Sunday, April 24, 2011

'FACES OF ZON MENTARI'


Baru-baru ini satu lagi 'projek glamer' yang bertujuan untuk meningkatkan mutu persekitaran Zon Mentari telah berjaya dilaksanakan.

Kini, para pelawat yang mengunjungi Zon Mentari bakal disambut dengan SENYUMAN MANIS seramai 37 orang warga Bahagian Perancangan Korporat dan Unit Komunikasi Korporat yang menghiasi ruang legar di luar Bilik Mesyuarat Utama. 37 bingkai gambar yang tersusun rapi jelas menerapkan prinsip ke-2 5S.

Bagi mengekalkan imej korporat, Zon Mentari memilih warna putih sebagai tema utama 'Faces of Zon Mentari'. Bingkai yang asalnya berwarna kayu dicat menjadi warna putih oleh warga Zon yang begitu komited dalam usaha menyiapkan 'projek glamer' tersebut. Secara tidak langsung, proses persiapan projek itu telah memupuk kerjasama, hubungan mesra dan semangat bekerja sebagai satu pasukan dikalangan warga Zon.

Diilhamkan daripada konsep 'Faces of 1Malaysia', 'Faces of Zon Mentari' turut menjadi tanda sokongan terhadap Kempen Senyum Perbendaharaan Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 21 April 2011 yang lalu.

Quotes of the day

MONDAY is the key day of the week.

:)

So happy Monday and have a great day Warga Zon Mentari.

Thursday, April 21, 2011

Kempen Amalan Senyum Selalu Perbendahraan


Kempen Amalan Senyum Perbendaharaan telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak pada Perhimpunan Khas pada 21 April 2011.Kempen ini dengan rasminya telah bermula 21 April 2011 sehingga 21 Jun 2011.

Oleh itu, mari lah kita Warga Zon Mentari bersama-sama menjayakan kempen tersebut. Senyu
mlah selalu tanpa mengira emosi ketika itu, kerana dengan senyuman kadang-kala boleh mengubah sesuatu yang suram menjadi ceria. Ceria-ceria kanlah Zon Mentari dengan senyuman yang ikhlas :)


Smile, though your heart is aching
Smile, even though it's breaking
When there are clouds in the sky
You'll get by...

If you smile
With your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll find that life is still worthwhile
If you just...

Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying
You'll find that life is still worthwhile
If you just...

Smile, though your heart is aching
Smile, even though it's breaking
When there are clouds in the sky
You'll get by...

If you smile
Through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile...

That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile

SMILE
by Michael Jackson (R.I.P.)



Wednesday, April 20, 2011

Quotes of the day

Carry out a random act of kindness, with no expectation of reward, safe in the knowledge that one day someone might do the same for you.
~Diana Spencer~

Lawatan 5s ke BMKD

Seramai 10 orang Pegawai dan Kakitangan daripada Zon Mentari telah mengadakan lawatan 5S ke Bahagian Pelaburan, MKD dan Penswastaan (BMKD) pada 5 April 2011 yang lalu.

Lawatan diadakan bertujuan untuk mendapatkan pendedahan tentang Amalan 5S yang dipraktikkan oleh kakitangan di BMKD dan juga untuk dipraktikkan di Zon Mentari bagi tujuan penambahbaikan.


Di antara Pegawai & Kakitangan yang telah membuat lawatan ke BMKD.

Bersama Setiausaha Bahagian MKD, Puan Eshah bt. Meor Suleiman


Sedang melihat-lihat persekitaran BMKD .


Persekitaran BMKD yang boleh di jadikan contoh kepada Zon Mentari.

Tuesday, April 19, 2011

ZON MENTARI KE ARAH PENGAUDITAN PERSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)

Ahli Zon Mentari kini sedang bertungkus lumus untuk memastikan Zon Mentari bersedia untuk pengauditan Perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) bagi tahun 2011.

Kesemua Ahli Zon terutamanya “Person In Charge” (PIC) di setiap sudut sentiasa berusaha untuk memastikan sudut-sudut yang diamanahkan sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan juga menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Selain itu, amalan 5S ini juga telah berjaya memupuk kerjasama dan semangat saling bantu-membantu di kalangan ahli Zon Mentari. Syabas diucapkan!!!

Sebahagian daripada Ahli Zon Mentari

Selamat Datang Ke Zon Mentari 2011

Salam dan selamat datang ke Zon Mentari 2011.

Walaupun ini adalah entri pertama pada 2011 ini, di harapkan ini bukanlah entri yang terakhir selagi Sembang @ Zon Mentari ini diwujudkan. Oleh itu kerjasama warga Zon Mentari amatlah di harapkan. Sekiranya terdapat sebarang bahan, berita terkini, gambar-gambar atau informasi yang hendak disampaikan, anda semua di alu-alukan untuk menghantar bahan-bahan tersebut ke email saya : zainorzilah.yazit@treasury.gov.my.

Kerjasama anda dalam merealisasikan Blog ini di update selalu sangatlah saya hargai :)

Jadi janganlah segan untuk menghantar apa sahaja yang berkaitan dengan Zon Mentari untuk dimuatkan dalam Blog ini.

:) Sila lah.